Riwayat Rabi'ah - Serikandi Islam

Ahad, Februari 14, 2010

Pembukaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... akhirnya terbina juga blog terbaruku ini. Setelah sekian lama berhenti menulis entri luahan-luahan hati yang teramat mendalam, akhirnya aku putuskan untuk kembali menulis di laman sosial ini sebagai pengubat luka hati yang lara...

Sebelum ini aku pernah menulis dan memiliki blog, tempat aku mencurahkan isi hatiku, berkongsi kisah hidup, meluahkan rasa cinta dan sakit hatiku serta kesedihanku. Tetapi aku telah menghentikan penggunaannya dengan harapan segala kepahitan dapat kutinggalkan dan aku ingin membuka lembaran kehidupan baru dengan kebahagiaan.

Namun, tidak kusangka turunnya hujan di tengahhari. Segala kepahitan yang kualami sukar untuk kuluahkan dengan kehidupan baru tanpa menulis segalanya di dalam blog seperti biasa. Segalanya kupendam sendiri... hendak diluahkan, entah kepada siapa. Rakan-rakan akrabku sudah berpindah ke sekolah baru sejak tahun lepas. Pada mulanya aku masih mampu bertahan. Tapi, tahun ni tekanan di mindaku bertambah. Aku menjadi seorang gadis yang bingung. Sehingga adakalanya aku tidak kenali diriku sendiri. Dan sehingga adakalanya aku membenci diriku serta namaku sendiri wal hal namaku inilah nama yang teramat indah yang aku sayangi.

Kerana itu, aku membuka lembaran blog ini untuk menjadi teman suka dukaku. Aku tidak kisah siapa ingin membaca entri yang mungkin mengarut dan melalut... yang penting, aku ingin semua masalahku tidak hanya kupendam di dalam hati.

Semoga dengan terbukanya lembaran baru kehidupanku ini, aku dapat mengurangkan tekanan mental dan fizikalku. Insya-Allah...

Sekian sahaja pembukaan blog aku...

-Rabiah Al-Adawiyah-

Tiada ulasan:

Rabiatul Adawiyah - Inteam

Designed by Animart Powered by Blogger