Riwayat Rabi'ah - Serikandi Islam

Khamis, Februari 18, 2010

Wajah Blog Baru


Alhamdulillah...
Blog ini semakin hari wajahnya semakin tampak ceria. Hehehe... Aku tidak menyangka akan secepat ini majunya layout blog ini. Semua ini pun atas bantuan N Athirah juga. Dia yang sama-sama membantu aku menceriakan wajah blog ini. Begitu juga untuk mencari template blog ini. Puas kami mencari... akhirnya template ini menjadi pilihan aku. Ya iyalah... kerana aku juga seperti Athirah, peminat Detektif Conan.

Pada mulanya kami mencari islamic template, sesuai dengan namaku dan lagu di blog ini, Rabiatul Adawiyah. Namun, begitu banyak template yang kami temui, tidak ada satu pun yang memikat hatiku. Entah bagaimana, ketika mencari-cari template menggunakan engine pencarian, tiba-tiba aku menemukan template ini. Mulanya aku berkira-kira juga... ya kerana header template ini aku tidak boleh meletak gambar seperti yang ada di atas ruangan entri bagi blog ini. Bila aku berfikir berulang-kali, akhirnya aku putuskan untuk menggunakan sahaja template ini. Gambar itu aku letakkan sahaja di tempat seperti yang kalian lihat sekarang. Yang tertulis Riwayat Rabi'ah - Serikandi Islam.

Sungguh Athirah katakan dia cemburu dengan templateku. Tapi designnya tidak seperti yang dia inginkan. Kesudahannya, dia tidak juga menggunakan template ini untuk page blognya yang lain. Walaubagaimanapun, terima kasih ya Athirah atas bantuannya. Sungguh kukatakan, kau teman yang benar-benar baik.

Tiada ulasan:

Rabiatul Adawiyah - Inteam

Designed by Animart Powered by Blogger