Riwayat Rabi'ah - Serikandi Islam

Jumaat, Februari 19, 2010

Subhanallah...

Dua entri yang ku posted semalam adalah berkaitan dengan kisah hidup Rabiatul Adawiyah - Serikandi Islam. Begitu membaca kisahnya, aku jadi teringin untuk menjadi seperti beliau. Lagi pula, namaku juga sama persis dengan nama serikandi Islam itu. Andai saja aku mampu menjadi seperti beliau, sungguh aku bersyukur.

Sebenarnya aku baru terbaca entri blog Athirah yang terbaru. Mengenai kunjungan ustaz ke rumahnya tu. Sebelum kisah tentang kunjungan ustaz itu ada diceritakannya tentang novel. Bila membaca dia menceritakan mengenai novel Ayat-ayat Cinta yang dibaca, membuatkan aku teringat dengan novel yang pernah kubaca itu. Aku benar-benar kagum dengan hasil penulisan Habiburrahman tu. Kisah cinta Islami... membuatkan aku merasa berada di Mesir.

Novel Ayat-ayat Cinta melahirkan rasa kekaguman di dalam diriku...

Betapa kuatnya keimanan, ketaqwaan, dan kesabaran Fahri dalam mempertahankan cintanya kepada Yang Maha Esa dan Rasul-Nya serta kecintaannya pada insan-insan yang dikasihi dan disayanginya...

Betapa setia dan tabahnya Aisha terhadap suaminya dan agama kebenaran yang dianutinya sehingga dia sanggup berkorban dan meredhakan suaminya menikahi Maria. Maka, dia bakal menerima 'payung emas' di Syurga...

Dan... betapa karamahnya cahaya hidayah dari Allah membukakan hati Maria mengenali Al-Quran bahkan menghafaz Surah Maryam dan Al-Maidah dengan hafalan yang baik. Apabila Allah menemukan Maria dengan Fahri telah melahirkan bibit cinta di hati Maria walaupun pada mulanya dia mengharungi duka yang hampir membawa maut untuk dirinya dalam kecewa dan sakitnya, juga maut Fahri dengan nama yang tercemar oleh fitnah... Namun, atas dasar taqwa dan dakwah serta dorongan ikhlas dari Aisha, Fahri menikahi Maria. Maka, Fahri terlepas dari fitnah Noura, manakala Maria merindui Syurga yang akhirnya membawanya kepada Islam, beriman kepada Allah dan Rasul-Nya...

Subhanallah...

Tiada ulasan:

Rabiatul Adawiyah - Inteam

Designed by Animart Powered by Blogger